WASHINGTON: Perbelanjaan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dalam peperangan di Iran dilapor melonjak melebihi AS$47 bilion (RM191.9 bilion), iaitu peningkatan lebih 25 peratus berbanding anggaran asal Jabatan Pertahanan AS pada Julai lalu.

Dapatan data dalaman Pentagon yang diperoleh media antarabangsa itu didedahkan ketika Parti Republikan berdepan krisis sokongan politik berikutan tentangan awam terhadap konflik berkenaan menjelang Pilihan Raya Pertengahan Penggal AS pada 3 November ini.

Menurut Reuters, peningkatan kos tenaga global berpunca daripada krisis peperangan berkenaan turut menjejaskan kadar sokongan pengundi terhadap calon-calon Parti Republikan serta populariti Presiden, Donald Trump yang kini memegang majoriti tipis di Kongres.