FLORIDA: Pihak polis dipanggil ke satu lokasi perlawanan bola sepak kanak-kanak di Florida pada hujung minggu lalu selepas tercetus pertengkaran yang melibatkan ibu bapa kepada seorang pemain berusia tiga tahun.
Menerusi rakaman kamera badan polis, ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki bernama Nevada itu mendakwa terdengar anak mereka dikeluarkan daripada perlawanan berikutan penguasaan kemahiran yang terlalu menyerlah sehingga memalukan kanak-kanak lain.
Bagaimanapun, penganjur perlawanan daripada kumpulan sukan belia, i9 Sports menjelaskan, Nevada menolak pemain-pemain lain semasa perlawanan berlangsung, sebelum ibu bapa kanak-kanak itu bertindak agresif apabila anaknya dikeluarkan dari padang.










