PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur sikap segelintir pihak yang mudah melabel orang lain sebagai munafik dan mengkafirkan sesama Islam hanya kerana perbezaan pandangan, sedangkan pendekatan itu tidak mencerminkan akhlak serta keperibadian yang dituntut agama.
Perdana Menteri berkata, kecenderungan menghukum orang lain selepas mempelajari agama secara terbatas merupakan antara masalah yang perlu ditangani menerusi pengukuhan ilmu, kesedaran dan kefahaman Islam secara menyeluruh.
Menurut beliau, usaha mengangkat martabat umat Islam perlu bermula dengan tradisi keilmuan dan pendekatan dakwah berasaskan hikmah, bukannya dengan tindakan mudah menghukum atau melabel pihak lain.
“Kalau tidak, sekarang ini banyak juga masalah. Belajar agama sedikit, terus menghukum dan menjadi takfiri. Terus memurtadkan orang dan mem









