Kuala Lumpur: Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan usaha syarikat barang kemas Lubnan, Global Royalty Trading SAL untuk menguatkuasakan penghakiman RM67.5 juta terhadapnya, adalah pramatang kerana rayuannya belum didengar.
Tetuan Reza Rahim & Rajivan yang mewakili isteri Datuk Seri Najib Razak itu berkata, Rosmah sudah merayu terhadap penghakiman Mahkamah Tinggi (kes saman utama) dan Mahkamah Rayuan menetapkan 25 Mac tahun depan untuk mendengarnya.
Firma guaman itu berkata, Rosmah membantah sekeras-kerasnya sebarang usaha oleh syarikat barangan kemas itu untuk menguatkuasakan penghakiman berkenaan.
"Kami diarah oleh anak guam untuk menyatakan bahawa sebarang usaha oleh Global Royalty bagi menguatkuasakan atau melaksanakan penghakiman itu akan ditentang sekeras-kerasnya oleh anak guam kami.










