Washington: Kos ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dalam perang terhadap Iran mencecah lebih AS$47 bilion setakat ini, meningkat lebih 25 peratus berbanding anggaran Jabatan Pertahanan pada Julai lalu, menurut data Pentagon yang diperoleh Reuters.

Pentagon belum memberikan maklum balas terhadap permintaan mengulas anggaran itu yang belum didedahkan kepada umum.

Peningkatan kos perang itu berlaku ketika Republikan berdepan kesan politik akibat konflik berkenaan yang tidak popular, menjelang pilihan raya 3 November yang akan menentukan parti menguasai Kongres bagi tempoh dua tahun akan datang.

Kesan perang terhadap kos tenaga global turut menjejaskan sokongan kepada calon Republikan dan merendahkan kadar kelulusan Presiden Donald Trump.