KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat bersama dengan presiden parti-parti komponen gabungan itu hari ini.

“Tarikh (PRN Sarawak) belum kita ketahui kerana akan diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi di pihak GPS, kita sudah bersedia,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS di sini hari ini.

Beliau berkata, GPS sedang menunggu keputusan SPR mengenai tarikh pilihan raya sebelum menentukan langkah seterusnya.