Pengerusi GPS Abang Johari Openg berkata perbincangan lanjut mengenai pembahagian kerusi akan dilakukan sebelum gabungan memuktamadkan senarai calon yang akan diketengahkan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengesahkan akan bertanding semua 82 DUN pada PRN ke-13.
Premier, Abang Johari Openg, berkata keputusan itu dimuktamadkan dalam mesyuarat GPS dihadiri semua presiden parti komponen di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), hari ini.
Presiden PBB dan pengerusi GPS itu berkata, gabungan tersebut sedia menghadapi pilihan raya walaupun tarikh rasmi belum ditetapkan.
"GPS sudah bersedia dengan persiapan yang ada hubung kait dengan pilihan raya ini," katanya menurut Berita Harian ketika ditemui selepas mesyuarat itu di Kuching.








