Empat tertuduh termasuk pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan memperdagangkan seorang pembantu rumah warga Indonesia.PETALING JAYA: Empat termasuk suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan memperdagangkan seorang pembantu rumah warga Indonesia bagi tujuan eksploitasi buruh paksa hingga mangsa mengalami kecederaan serius akibat melecur.
Bagaimanapun tertuduh, Cheng Dee Wen dan isterinya, Lim Yeek Fern, masing-masing berusia 33 tahun, Yeo Ann Sheng, 25, serta R Maneemekalai, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak, menurut Harian Metro.
Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa secara bersama memperdagangkan mangsa, Siti Rohaya, bagi tujuan eksploitasi buruh paksa menggunakan kekerasan sehingga mengakibatkan kecederaan serius terhadap wanita itu.








