SERI MANJUNG: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi rekod “Most International Students Participating in a Foster Family Program” menerusi Program Bakti Madani Mega 2026.
Pengiktirafan itu disampaikan oleh Perunding Rekod Kanan MBOR, Edwin Yeoh Tiong Chin dan Perunding Rekod, Mohamad Hazim Danial Mohamad Nizam kepada Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, pada Malam Kemuncak Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) 2026 di Dataran MADANI, Seri Manjung, semalam.
Majlis penyerahan sijil itu disaksikan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.
Menurut Md Amin, program Bakti MADANI Mega 2026 anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi dan UPSI itu merupakan inisiatif diplomasi budaya yang menghimpunkan 82 pelajar antarab










