Program Penghantaran Wakaf Al-Quran Bayu Kasih oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini melakar sejarah apabila ia menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR).
Key takeaways
Program Bayu Kasih TLDM menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records kerana berjaya menghantar 100,000 naskhah al-Quran ke Sabah sejak 2021. Pengiktirafan ini diberikan semasa majlis penyerahan 16,000 naskhah baharu melalui KD Mahawangsa.
- MBOR mengiktiraf pencapaian penghantaran 100,000 naskhah al-Quran ke Sabah sejak 2021.
- Program ini merupakan kerjasama antara TLDM dan pertubuhan bukan kerajaan Imam Care.
- Sebanyak 16,000 naskhah al-Quran dihantar ke Sabah melalui kapal KD Mahawangsa.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
LUMUT – Program Penghantaran Wakaf Al-Quran Bayu Kasih oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini melakar sejarah apabila ia menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR).
Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat Pangkalan TLDM Lumut berkata, pengiktirafan itu diberi atas pencapaiannya menghantar 100,000 naskhah al-Quran ke Sabah sejak program itu diperkenalkan pada 2021.
“TLDM meneruskan komitmen menyokong pembangunan rohani masyarakat menerusi Program Penghantaran Wakaf Al-Quran, Bayu Kasih 6.0, dengan penghantaran 16,000 naskhah al-Quran ke Sabah menerusi KD Mahawangaa.
“Majlis penyerahan yang berlangsung di Wisma Perwira KD Mahawangsa hari ini turut menyaksikan pengiktirafan MBOR terhadap pencapaian Program Bayu Kasih,” katanya di sini hari ini.