Tertuduh Nizam Ibrahim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.SHAH ALAM: Seorang bekas eksekutif kanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas sembilan pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi menuntut wang pendahuluan daripada sebuah organisasi penyelidikan industri dan teknologi, dua tahun lalu.

Nizam Ibrahim, 50, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara curang menggunakan dokumen palsu sebagai tulen yang merangkumi sebut harga, dokumen tunai dan resit bayaran sebuah syarikat untuk mendapatkan wang pendahuluan serta tuntutan berjumlah keseluruhan RM15,088.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat organisasi berkenaan antara 22 April 2022 hingga 2 Nov 2023.