KUALA LUMPUR: Kesedaran mengenai kanser payudara perlu dipupuk secara konsisten, bukan hanya ketika Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia yang disambut sepanjang Oktober setiap tahun.

Pengurus Besar Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA), Sumitra Selvaraj berkata, antara kempen yang perlu dilaksanakan secara lebih agresif adalah menggalakkan lebih ramai wanita mendapatkan pemeriksaan serta memahami kepentingan pengesanan awal.

Katanya, program kesedaran perlu disertai tindakan kerana pengetahuan sahaja tidak mencukupi sekiranya seseorang masih takut atau enggan membuat pemeriksaan kesihatan.

"Sebelum ini kanser payudara hanya dibincangkan secara tertutup demi keselesaan wanita yang mahu mendapatkan pemeriksaan.