MARANG: Fenomena tahunan spesies kerang terdampar di pesisir Pantai Rusila kembali menarik perhatian ratusan penduduk yang mengambil peluang memungut hasil laut berkenaan, meskipun terpaksa berdepan risiko ombak besar dan cuaca tidak menentu musim tengkujuh.

Difahamkan fenomena itu berlaku secara bermusim yang lazimnya berlaku pada bulan November mendorong penduduk turun ke pantai setiap kali tibanya musim tengkujuh.

Penduduk, Abdullah Hassan, 50, berkata, setiap kali musim tengkujuh, kerang akan terdampar di pantai itu hingga menarik penduduk dan masyarakat setempat untuk memungut hasil laut itu.

"Walaupun teruja, dalam masa sama juga perlu berhati-hati kerana keadaan cuaca yang tidak menentu selain ombak besar.