SHAH ALAM – Bekas eksekutif kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan menggunakan dokumen palsu membabitkan wang pendahuluan dan tuntutan berjumlah RM15,288.

Tertuduh, Mohd. Nizam Ibrahim, 50, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara curang menggunakan dokumen palsu berkaitan sebut harga, bayaran tunai dan resit bayaran tuna