PETALING JAYA – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencuri perhatian apabila dilihat menikmati suasana hujan batu di Masjidil Haram, Mekah.
Momen tersebut dikongsikan menerusi Insta Story akaun Instagram Kesultanan Pahang yang memaparkan baginda berada di kawasan masjid berkenaan ketika hujan turun.
Rakaman itu turut memperlihatkan suasana hujan membasahi kawasan lapang Masjidilharam dengan latar belakang menara masjid yang menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia.
Turut bersama Tengku Hassanal ialah Timbalan Mufti Pahang, Datuk Dr. Badli Shah Alauddin. Difahamkan baginda kini sedang menunaikan ibadah umrah. – KOSMO! ONLINE








