KLANG – Seorang penunggang motosikal maut dalam keadaan tragis selepas terjatuh ke laluan sebelah sebelum digilis sebuah treler dalam kemalangan di Jalan Pintasan Pelabuhan Barat, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa berusia 37 tahun menunggang motosikal bersendirian dari arah Klang menghala ke Pelabuhan Barat.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan awal mendapati motosikal mangsa melanggar sisi kanan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu di lorong kecemasan.
Menurut beliau, impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh ke lorong kanan jalan sebelum digilis sebuah treler yang berada di laluan bersebelahan.









