BRASILIA – Sebuah lori melanggar bahagian hadapan pesawat Boeing 727 yang dipamerkan di sebuah stesen minyak di Brazil selepas pemandu kenderaan itu pengsan semasa memandu, lapor akhbar The Sun UK.

Pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian dan berusaha menyelamatkan seorang pemandu lori berusia 46 tahun yang terperangkap di dalamnya.

Pelanggaran yang kuat menyebabkan Boeing 727 itu bergerak kira-kira 15 meter ke belakang sekali gus merosakkan sepenuhnya bahagian hidung dan roda pendaratan.

Mangsa dikejarkan ke hospital dalam kecederaan parah. Dia juga disyaki mengalami masalah kesihatan secara tiba-tiba semasa memandu.