HULU SELANGOR: Seorang pemandu kereta terbabas dan merempuh lori selepas terlanggar babi hutan, di hadapan stesen minyak di Kalumpang di sini, hari ini.
Dalam kemalangan jam 7.16 pagi tadi, mangsa lelaki warga tempatan berusia 53 tahun tersepit dan tidak sedarkan diri di dalam kenderaan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, Komander Operasi mendapati mangsa tersepit dan tidak sedarkan diri.






