DAMSYIK: Syria mengutuk serangan berdarah di selatan negara itu pada Isnin, yang menurut Jordan mengorbankan lebih 20 anggota kumpulan IS sebagai tindak balas terhadap serangan bersenjata di sebuah gereja.

Dalam krisis terburuk antara dua negara jiran berkenaan sejak penggulingan pemerintah terdahulu, Bashar al-Assad pada Disember 2024, Jordan berkata pihaknya memiliki rasa hormat yang tinggi terhadap Syria.

Pada masa sama, Jordan melahirkan rasa simpati dan kekesalan atas kematian dan kecederaan orang awam.

Serangan udara pada Isnin itu dilancarkan berikutan tragedi minggu lalu apabila kumpulan bersenjata menembak mati sembilan individu dan mencederakan 25 yang lain.