KUCHING: Seramai 7,469 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak akan ditugaskan khusus bagi memastikan kelancaran dan keselamatan Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN-13) Sarawak yang dijangka berlangsung dalam tempoh terdekat.
Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Saifullizan Ishak, berkata jumlah itu merangkumi 75 peratus daripada keseluruhan 9,979 pegawai dan anggota polis di kontinjen berkenaan.
Beliau berkata, persiapan awal sudah dilaksanakan bagi menyusun penugasan sumber manusia untuk menghadapi pilihan raya berkenaan.
"Daripada keseluruhan kekuatan 9,979 pegawai dan anggota, seramai 7,469 akan ditugaskan khusus bagi PRN, manakala baki 2,510 orang akan meneruskan tugas harian seperti biasa," katanya.








