Orlando, Amerika Syarikat: Seorang lelaki didapati bersalah pada Khamis lalu kerana mencuri barang kemas bernilai AS$769,500 (kira-kira RM3.15 juta) dari kedai Tiffany & Co. di sini tahun lalu sebelum menelan barang curi itu untuk menyembunyikan bukti, lapor America Online (AOL).

Pada Februari 2025, Jaythan Lawrence Gilder, 32, menyamar sebagai wakil kepada seorang pemain pasukan bola keranjang Orlando Magic bagi mendapatkan akses kepada barang kemas bernilai tinggi di kedai berkenaan.

Polis berkata, Gilder kemudian meninggalkan kedai itu dengan membawa dua pasang subang berlian bernilai keseluruhan AS$769,500 (kira-kira RM3.15 juta).

Subang berkenaan terdiri daripada sepasang subang berlian seberat 4.86 karat bernilai AS$160,000 (kira-kira RM654,000) dan sepasang lagi seberat 8.19 karat bernilai AS$609,500 (kira-kira RM2.49 juta).