Kuala Lumpur: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan urusan perkhidmatan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain masih di peringkat untuk dimuktamadkan.
Menerusi satu kenyataan, KDN memaklumkan pihaknya mengambil maklum serta menghargai pandangan yang disuarakan oleh masyarakat berhubung perkara berkenaan.
Menurut kementerian itu, segala proses berkaitan sedang diuruskan dengan teliti bagi memastikan pelaksanaannya mematuhi lunas undang-undang sedia ada.
"KDN akan memastikan urusan tersebut dilaksanakan secara teratur mengikut peraturan dan tatacara yang berkuat kuasa," katanya.









