Seoul: Bekas ahli kumpulan K-pop terkenal, Big Bang iaitu Seungri dilaporkan bakal bergelar bapa pada tahun hadapan.
Menurut laporan The Chosun Daily, wanita yang berjaya memikat hati selebriti berkenaan berusia lingkungan 20-an dan dijangka melahirkan anak sulung mereka pada Januari 2027.
Menolak dakwaan hamil luar nikah, pasangan itu sebenarnya sudah pun mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah mengikut undang-undang, namun memilih untuk tidak mengadakan sebarang majlis resepsi.
Pasangan berkenaan kini menetap di kediaman mereka di Gangnam, Seoul dan difahamkan sedang memberi fokus sepenuhnya terhadap persiapan menyambut kelahiran cahaya mata.










