Arau: Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, masih belum menerima keputusan berhubung rayuannya terhadap tindakan penggantungan keahlian dalam BERSATU.

Beliau berkata, pihaknya bersedia menerima apa juga keputusan pucuk pimpinan parti berhubung rayuan berkenaan, namun ketika ini mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya belum menerima apa-apa keputusan rayuan tetapi saya yakin dan yang penting, saya akan akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti. Saya nak buat kerja.

"Setakat ini, saya nampak pergerakan BERSATU sendiri dan saya masih lagi ahli BERSATU. Saya memberikan sokongan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Perlis yang sedang berusaha menghidupkan semula cawangan," katanya.