Hulu Selangor: Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Hulu Bernam maut dalam nahas dua kenderaan di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, berhampiran sebuah stesen minyak di Kalumpang di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, Harman Harun, 50-an yang memandu kereta dalam perjalanan dari Batang Kali menghala ke Hulu Bernam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan M Manimaran berkata, siasatan mendapati kereta mangsa dipercayai melanggar seekor babi yang melintas dari sebelah kiri jalan sebelum merempuh sebuah lori dari arah bertentangan.

"Akibat pelanggaran itu, kereta berkenaan hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan. Pada masa sama, sebuah lori muatan kosong dipandu lelaki berusia 30-an dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu melanggar kereta terbabit," katanya menerusi kenyataan.