HULU SELANGOR: Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Hulu Bernam di sini, maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran sebuah stesen minyak dekat Kalumpang, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu, Harman Harun, 50-an yang memandu kereta dalam perjalanan dari Batang Kali menghala ke Hulu Bernam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan M Manimaran, berkata siasatan mendapati kereta mangsa dipercayai terlanggar seekor babi yang melintas dari sebelah kiri jalan sebelum bertembung sebuah lori dari arah bertentangan.

"Akibat pelanggaran itu, kereta berkenaan hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.