KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Aaron Tai-Yap Roy King memulakan kempen pada Kejohanan Badminton Terbuka Hylo 2026 dengan langkah kanan selepas meraih kemenangan mudah pada pusingan pertama hari ini.
Pada aksi yang berlangsung di Saarlandhalle, Saarbrucken, Jerman itu, pasangan ranking ke-74 dunia berkenaan hanya mengambil masa 28 minit untuk menewaskan beregu tuan rumah yang menghuni ranking ke-63 dunia Malik Borakkadi-Kenneth Neumann, 21-11, 21-12.
Kemenangan itu hadir selepas kejayaan Aaron-Roy King menjuarai kejohanan Super 500 Terbuka Artik di Vantaa, Finland tiga minggu lalu, iaitu gelaran pertama mereka sejak digandingkan semula susulan rombakan oleh jurulatih beregu lelaki negara Herri Iman Pierngadi.






