PETALING JAYA: Semua sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang, Kuala Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat, Gombak, Sepang, Petaling Perdana dan Petaling Utama ditutup esok.
Penutupan itu dilaksanakan susulan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan menghampiri 200 iaitu pada tahap sangat tidak sihat.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor memaklumkan, sekolah-sekolah di bawah pentadbiran PPD Hulu Selangor dan Sabak Bernam akan beroperasi seperti biasa.
“Namun demikian, semua aktiviti luar bilik darjah di kedua-dua daerah tersebut tidak dibenarkan.









%2Ffile%2F1175%2F233f93b84ba6b327158c003f6b89182f.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)