ISTANBUL: Bekas penyerang Liverpool, Dirk Kuyt akan membimbing Fenerbahce secara interim susulan peletakan jawatan Ismail Kartal, menurut kenyataan kelab Liga Super Turkiye itu, hari ini.

Kartal meninggalkan kelab berkenaan semalam selepas Fenerbahce tewas 2-1 kepada seteru tradisi mereka, Galatasaray.

Kuyt beraksi lebih 200 kali bersama Liverpool sebelum menyertai Fenerbahce pada tahun 2012. Beliau membantu kelab Turkiye itu menjuarai liga pada tahun 2014.

Bekas pemain Belanda itu pernah mengendalikan kelab Belgium, Beerschot, selain ADO Den Haag dan FC Dordrecht di negara asalnya sebelum menyertai Fenerbahce sebagai penolong pengendali di bawah Kartal pada Jun lalu.