Kuala Lumpur: Bagi meraikan sambutan Deepavali, Kumpulan Suria KLCC menjemput orang ramai ke tiga pusat beli-belah iaitu Suria KLCC, Alamanda Shopping Centre dan Mesra Mall bagi meraikan perayaan Pesta Cahaya itu.
Berlangsung dari 23 Oktober hingga 11 November ini, pengunjung berpeluang menyaksikan pusat beli-belah berkenaan dihiasi dekorasi berinspirasikan istana dan seni tradisional India.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata, konsep berkenaan dipilih untuk membawa suasana rumah terbuka serta pengalaman mewah kepada pengunjung dalam dan luar negara.
"Konsep itu dipilih untuk memberi gambaran persada istana yang merupakan tempat para tetamu disambut untuk menikmati aktiviti yang diadakan.






