Kuala Lumpur: Penggunaan kecerdasan buatan (AI) berpotensi menyebabkan pengambilan peguam muda merosot dengan ketara berikutan keupayaan teknologi itu melaksanakan sebahagian tugas guaman dengan lebih pantas pada kos lebih rendah.

Bekas Presiden Mahkamah Agung United Kingdom, Lord David Neuberger berkata, perkembangan itu boleh memberi kesan terhadap peluang pekerjaan peguam muda dalam jangka sederhana.

Beliau berkata, berdasarkan pelbagai laporan, AI mampu menyediakan draf awal 'pliding,' surat nasihat dan penyelidikan undang-undang yang setanding dengan hasil kerja peguam muda pada peringkat awal kerjaya tetapi dalam tempoh lebih singkat dan dengan kos lebih rendah.

"Wujud risiko bahawa pengambilan peguam muda akan merosot dengan mendadak," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Undang-Undang Malaysia Antarabangsa 2026, di sini, hari ini.