Key takeaways
Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh, mengesahkan isu agihan kerusi MCA bagi PRN Melaka telah selesai. Beliau membuat kenyataan ini selepas menghadiri majlis penyerahan watikah calon BN yang berlangsung secara tertutup.
- Ab Rauf Yusoh menyatakan rundingan agihan kerusi MCA bagi PRN Melaka telah diselesaikan dengan baik.
- Calon MCA tidak hadir pada majlis penyerahan watikah calon BN yang diadakan di WTCKL.
- Beberapa calon BN lain seperti Siti Aisyah dan Dr Fairul Nizam telah hadir untuk menerima watikah.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
Kuala Lumpur: Isu agihan kerusi membabitkan parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selesai, kata Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Pengerusi BN Melaka itu berkata perkara berkenaan sudah diselesaikan dengan sebaiknya.
"Isu (agihan kerusi membabitkan MCA bagi PRN Melaka) sudah settle (selesai)," katanya ketika ditemui media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.
Ab Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka itu berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan rundingan agihan kerusi MCA menjelang PRN berkenaan.