BATU PAHAT: Pasangan kekasih ditahan bersama rampasan lebih dua kilogram dadah jenis syabu dalam satu serbuan di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Taman Flora Utama di sini, malam tadi.
Tangkapan dibuat apabila anggota Cawangan Risik Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri, Muar, menjalankan pemerhatian hampir dua jam di kawasan parkir berhampiran pasar raya berkenaan selepas mengesan kereta suspek dalam keadaan mencurigakan.
Pada 8.35 malam, suspek lelaki berusia 34 tahun dilihat keluar dari kenderaan lalu mengambil sebuah beg diletakkan di bawah pokok.
Menyedari kehadiran pihak berkuasa, lelaki terbabit mencampakkan beg sebelum mengambilnya semula dan menyerahkannya kepada anggota polis.










