KUALA LUMPUR: Seorang pramugara yang sebelum ini didakwa mengikut Akta Pengangkutan Jalan, dihadapkan semula ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh penyelia syarikat penyelenggaraan, Sabtu lalu.
Mohd Iman Nafiz Fong Mohd Sabirin, 26, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret MS Arunjothy.
Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa membunuh Faris Irfan Fazli, 29, di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke Jalan Parlimen di sini, 4.09 pagi, 24 Oktober lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.






