KUALA LUMPUR - Seorang pramugara yang sebelum ini didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol, dihadapkan semula ke mahkamah hari ini atas tuduhan membunuh penyelia syarikat penyelenggaraan.Mohd Iman Nafiz Fong Mohd Sabirin, 26, mengangguk faham selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret M.S Arunjothy.Tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Lelaki itu didakwa membunuh Faris Irfan Fazli, 29, di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke Jalan Parlimen di sini pada 4.09 pagi, 24 Oktober lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.Tiada jaminan dibenarkan dan mahkamah menetapkan 30 November ini untuk sebutan semula kes.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fadhly Mohd Zamry manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Anih Rafih.Pada Isnin lepas (26 Oktober), Mohd Iman Nafiz mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian Faris Irfan dan mencederakan seorang lagi pekerja di tempat dan masa sama. - Bernama
Pramugara didakwa bunuh pekerja syarikat penyelenggaraan

Key takeaways
Seorang pramugara didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan membunuh penyelia syarikat penyelenggaraan di Lebuhraya Sultan Iskandar. Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 30 November ini tanpa membenarkan jaminan.
- Tertuduh, Mohd Iman Nafiz Fong Mohd Sabirin, 26, didakwa membunuh mangsa, Faris Irfan Fazli, 29, pada 24 Oktober lepas.
- Kesalahan ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta sebatan.
- Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Pramugara didakwa memandu mabuk sebabkan kematian penyelia
- Sinar Harian Pramugara didakwa bunuh pekerja syarikat penyelenggaraan (this story)









