KUALA LUMPUR – Seorang pramugara yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) yang menyebabkan kematian seorang pekerja penyelenggaraan, dituduh semula di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh.
Tertuduh Mohd. Iman Nafiz Fong Mohd. Sabirin, 26, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret MS Arunjothy.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes berkenaan berada dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah membunuh Faris Irfan Fazli,29, di Lebuh Raya Sultan Iskandar menghala ke Jalan Parlimen di sini pukul 4.09 pagi pada 24 Oktober lalu.








