JOHOR BAHRU – Dua pegawai agensi penguat kuasa persekutuan antara lima individu yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap pekerja asing.Tiga lagi individu yang ditahan merupakan ejen pekerja asing yang dipercayai turut terbabit dalam kegiatan berkenaan melibatkan pekerja asing di bawah seliaan sebuah agensi pekerja asing.Perintah reman selama lima hari sehingga 1 November 2026 terhadap kesemua suspek dikeluarkan Majistret Dhilip Nair A/l R.N. Atchuthan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini, pagi Rabu.Kelima-lima suspek terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 40 hingga 60-an.Menurut sumber, mereka ditahan dalam operasi yang dijalankan SPRM Johor di sekitar Selangor dan Johor antara jam 10 pagi hingga 4 petang, Selasa."Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan itu antara 2018 hingga 2025."Sepanjang tempoh berkenaan, sebanyak 44 transaksi pindahan wang secara dalam talian bernilai kira-kira RM1 juta dipercayai berlaku," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Dalam pada itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Hazrul Shazreen Abd Yazid mengesahkan penahanan itu ketika dihubungi.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009.Siasatan kes itu bermula hasil operasi yang dibangunkan Bahagian Perisikan SPRM.
Dua pegawai penguat kuasa antara lima direman kes rasuah RM1 juta lindungi warga asing

Key takeaways
Lima individu, termasuk dua pegawai penguat kuasa, ditahan kerana disyaki menerima rasuah RM1 juta untuk melindungi pekerja asing.
- Dua pegawai agensi penguat kuasa persekutuan ditahan bersama tiga ejen pekerja asing.
- Rasuah berlaku antara 2018 hingga 2025 dengan 44 transaksi wang bernilai RM1 juta.
- Suspek ditahan dalam operasi SPRM Johor di Selangor dan Johor pada Selasa.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Free Malaysia Today
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia PM arah pasukan penguat kuasa tegas tangani PATI
- Free Malaysia Today 2 penguat kuasa direman kes rasuah RM1 juta lindungi pekerja asing
- Sinar Harian Dua pegawai penguat kuasa antara lima direman kes rasuah RM1 juta lindungi warga asing (this story)







