Lima individu dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru untuk mendapat perintah tahanan reman dimohon SPRM. (Gambar SPRM)PETALING JAYA: Dua pegawai sebuah agensi penguat kuasa persekutuan direman lima hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta daripada sebuah agensi pekerja asing.
Turut ditahan reman tiga lagi suspek terdiri ejen pekerja asing.
Kelima-lima suspek terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 40-an hingga 60-an, ditahan antara 10 pagi hingga 4 petang semalam dalam operasi di Selangor serta Johor.
Perintah reman sehingga Ahad dikeluarkan Majistret Dhilip Nair R N Atchuthan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pagi tadi.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F09%2F4f28668b5d715db21d3d03ca61fc0a9e.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)