Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan reman lima individu, termasuk dua pegawai agensi penguat kuasa Persekutuan, selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta daripada sebuah agensi pekerja asing.
Pengarah SPRM Johor Datuk Hazrul Shazreen Abd Yazid berkata perintah reman selama lima hari hingga 1 Nov depan dikeluarkan Majistret A. Dhilip Nair di Kompleks Mahkamah Johor Bahru di sini hari ini, selepas membenarkan permohonan dikemukakan SPRM.
"Kelima-lima suspek terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 40 hingga 60-an ditahan antara 10 pagi hingga 4 petang semalam dalam operasi di sekitar Selangor dan Johor.
"Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai bersubahat meminta dan menerima suapan sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pekerja asing di bawah seliaan agensi tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FZahidHamidi1_589064.png&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F05%2F79dc56eb34e1aef5b840c71bb6a68649.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fsaifuddin12_384255.png&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F968a9ecda9e5dbc8b64c552848fe5d59_306243.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fnikazizkarpalsinghandlimkitsiang1_782605.png&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2022%2F08%2F687cb5989d601109777978a59089fd7d.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)


