MotoGP di SIC menjadi acara tetap dalam kalendar perlumbaan sejak 1999 kecuali pada 2020 dan 2021 apabila perlumbaan dibatalkan akibat pandemik Covid-19. (Gambar EPA Images)SEPANG: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sedang meneliti kemungkinan menyemak semula harga tiket MotoGP dan caj sewaan litar bagi meningkatkan perolehan, menampung kos operasi yang kian meningkat serta membantu membiayai bahagian yuran hak penganjuran kejuaraan itu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Azhan Shafriman Hanif, berkata litar berkenaan juga akan membangunkan sumber pendapatan tambahan di tengah-tengah peningkatan kos operasi.
“Harapan kami adalah untuk menyemak semula harga berkenaan dan memastikan sebarang kenaikan tidak terlalu membebankan peminat. Namun, kami perlu menyemak semula harga kerana kos kami telah meningkat.








