Kuala Lumpur: Asian Pac Holdings Bhd (Asian Pac) merancang membangunkan pusat beli-belah dan presint lot kedai gaya hidup di KotaSAS, Kuantan dengan nilai pembangunan kasar indikatif RM281.3 juta, menandakan kemasukan sulungnya ke Pantai Timur.

Asian Pac dan KotaSAS dalam satu kenyataan bersama berkata, Everest Pioneer Sdn Bhd, anak syarikat Asian Pac, sudah memeterai perjanjian jual beli serta pembangunan usaha sama dengan KotaSAS Sdn Bhd.

Nilai pembangunan kasar projek berkenaan berpotensi mencecah RM2 bilion pada masa hadapan.

Presint itu akan dibangunkan dalam Daerah Pusat Perniagaan KotaSAS dan terletak pada jarak berjalan kaki dari Stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) KotaSAS, selaras dengan konsep pembangunan berorientasikan transit.