KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa kerjasama antarabangsa diperkukuh bagi memastikan kestabilan pasaran gas global dan jaminan bekalan tenaga.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata perkara itu menjadi asas penting kepada daya saing industri, keyakinan pelabur serta pertumbuhan ekonomi mampan.

Beliau berkata, Malaysia menegaskan bahawa gas asli bukan sekadar bahan api peralihan, malah

adalah tonggak strategik keselamatan tenaga, daya saing industri dan pembangunan mampan.