KUALA LUMPUR: Seramai lapan lelaki warga Bangladesh ditahan dalam operasi khas membanteras sindiket pemindahan wang haram yang berselindung di sebalik perniagaan runcit dan borong di Chow Kit, di sini, semalam.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata operasi dilakukan di tiga lokasi sekitar Chow Kit, di sini, bermula jam 2.37 petang semalam hasil risikan selama sebulan.
"Lapan lelaki warga Bangladesh berusia antara 24 hingga 42 tahun ditahan dalam operasi berkenaan.
"Pemeriksaan awal mendapati dua daripada mereka tinggal lebih masa di Malaysia, manakala selebihnya menyalahgunakan pas imigresen masing-masing," katanya dalam kenyataan hari ini.






