SHAH ALAM - Sindiket penipuan dalam talian yang dipercayai didalangi warga Asia Timur terbongkar selepas 58 individu ditahan menerusi sembilan operasi berasingan di beberapa lokasi sekitar Selangor baru-baru ini.Kesemua suspek ditahan terdiri 50 warga asing dan lapan warga tempatan yang berperanan sebagai operator khidmat pelanggan bagi menjalankan pelbagai kegiatan penipuan dalam talian, termasuk pelaburan saham, love scam dan tawaran pekerjaan palsu.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, operasi bermula dari 20 hingga 26 Oktober lalu itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kontinjen Selangor dengan bantuan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial dari beberapa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)."Seramai 45 lelaki dan lima wanita warga asing serta lapan warga tempatan berusia antara 20 hingga 50 tahun ditahan dalam operasi berkenaan."Dalam siri serbuan itu, polis turut merampas 16 komputer riba, dua iPad, dua unit unit pemprosesan komputer (CPU), 117 telefon bimbit, lapan penghala (router), modem serta 21 komputer dan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM228,000," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Rabu.Shazeli berkata, sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak Julai hingga Oktober tahun ini dengan menyasarkan mangsa dari beberapa negara, termasuk di Eropah dan Asia Timur.Beliau berkata, kegiatan itu dikesan beroperasi di beberapa lokasi, termasuk kondominium, rumah teres dan hotel."Hampir keseluruhan warga asing yang ditahan terdiri daripada warga negara Asia Timur."Semakan awal mendapati mereka memasuki Malaysia melalui pintu masuk yang sah, namun terdapat antara mereka yang mempunyai dokumen perjalanan dan ada juga yang tidak memilikinya," katanya.Menurutnya, pihak polis sedang menjalankan semakan silang dengan Jabatan Imigresen Malaysia bagi mengesahkan status dokumen perjalanan warga asing yang ditahan."Semakan awal mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah, manakala ujian saringan awal air kencing menunjukkan keputusan negatif."Kesemua tangkapan kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan," katanya.Dalam pada itu, Shazeli menghargai kerjasama masyarakat dan orang awam yang menyalurkan maklumat sehingga membantu polis membongkar kegiatan sindiket berkenaan.Beliau turut meminta orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya mengesan aktiviti pusat panggilan (call centre) yang mencurigakan di premis kediaman atau perniagaan bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil secara berterusan.
Sindiket penipuan didalangi warga Asia Timur tumpas, 58 individu ditahan

Key takeaways
Polis Selangor telah menumpaskan sindiket penipuan dalam talian yang dipercayai didalangi warga Asia Timur dengan menahan 58 individu melalui sembilan operasi berasingan. Kesemua suspek terlibat dalam pelbagai skam termasuk pelaburan saham, penipuan cinta dan tawaran pekerjaan palsu.
- Seramai 50 warga asing dan lapan warga tempatan berusia 20 hingga 50 tahun telah ditahan dalam operasi tersebut.
- Polis merampas pelbagai peralatan elektronik dengan nilai keseluruhan dianggarkan sebanyak RM228,000.
- Sindiket ini dipercayai aktif dari Julai hingga Oktober dan menyasarkan mangsa dari Eropah serta Asia Timur.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Sindiket pusat panggilan penipuan dalam talian tumpas
- Berita Harian Sindiket penipuan 'Abang Bangladesh' tumpas
- Sinar Harian Sindiket penipuan didalangi warga Asia Timur tumpas, 58 individu ditahan (this story)









