KUALA LUMPUR - Majikan tidak boleh sewenang-wenangnya menurunkan klasifikasi atau kelayakan jawatan bagi mengelak membayar gaji permulaan yang ditetapkan untuk graduan sekiranya pindaan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) dilaksanakan.Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, pindaan itu kelak akan memasukkan elemen kelayakan pendidikan bagi membolehkan penetapan gaji minimum graduan diwajibkan pada masa hadapan."Apabila elemen ini dimasukkan, majikan tidak boleh dengan senang menidakkan jawatan berdasarkan kelulusan (kelayakan) pekerja."Secara keseluruhannya, matlamat Kesuma (Kementerian Sumber Manusia) adalah untuk membangunkan struktur gaji yang lebih jelas berdasarkan kelayakan dan kemahiran," katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Rabu.Dalam pada itu, beliau memaklumkan, laporan Statistik Siswazah oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan kadar guna tenaga tidak penuh siswazah berkaitan kemahiran menunjukkan penurunan daripada 32.4 peratus pada tahun 2023 kepada 32.2 peratus pada tahun 2024.Justeru beliau menegaskan, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu mengambil pendekatan untuk meningkatkan produktiviti, pendigitalan, automasi dan pembangunan kemahiran pekerja."Kerajaan menyasarkan kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran ini berkurang kepada 30 peratus menjelang 2030."Dalam menyokong hasrat tersebut, kementerian secara berterusan melaksanakan strategi intervensi jangka pendek dan panjang bagi memastikan pasaran buruh dapat diimbangi dengan kelayakan dan kemahiran pencari kerja, sekali gus mendapat pekerjaan sesuai dengan bidang kepakaran serta permintaan pasaran pekerjaan semasa," ujarnya.Sementara itu menjawab soalan tambahan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) mengenai tarikh pindaan Akta 732 akan dibentangkan, Khirul Firdaus menjelaskan, Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) sedang mengemas kini garis panduan gaji pokok permulaan berdasarkan Kerangka Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).Beliau berkata, garis panduan itu akan diterbitkan bersama pelaksanaan Perintah Gaji Minimum baharu yang berkuat kuasa mulai Jun 2027.Pelaksanaan tersebut merangkumi gaji pokok permulaan RM2,500 sebulan bagi graduan dan pekerja separuh mahir seperti diumumkan menerusi Belanjawan 2027.
Majikan tidak boleh turunkan kelayakan jawatan elak gaji graduan - Kesuma

Key points
- KUALA LUMPUR - Majikan tidak boleh sewenang-wenangnya menurunkan klasifikasi atau kelayakan jawatan bagi mengelak membayar gaji permulaan yang ditetapkan untuk graduan sekiranya pindaan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) dilaksanakan.
- Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, pindaan itu kelak akan memasukkan elemen kelayakan pendidikan bagi membolehkan penetapan gaji minimum graduan diwajibkan pada masa hadapan.
- Dalam pada itu, beliau memaklumkan, laporan Statistik Siswazah oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan kadar guna tenaga tidak penuh siswazah berkaitan kemahiran menunjukkan penurunan daripada 32.4 peratus pada tahun 2023 kepada 32.2 peratus pada tahun 2024.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Rasanya, tidak sesuai tanya ‘boleh buka tudung atau tidak’?
- Berita Harian M40 hilang kerja boleh mohon semak semula kelayakan STR
- Sinar Harian Majikan tidak boleh turunkan kelayakan jawatan elak gaji graduan - Kesuma (this story)









