GEORGE TOWN – Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan membakar sebuah kereta jenis Mitsubishi Xpander dalam kejadian kebakaran membabitkan lima kenderaan di Jalan Perak, Mei lalu.Tertuduh, S Hari Ram, 39 membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Irwan Suainbon selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan api terhadap sebuah Mitsubishi Xpander berwarna hitam milik seorang lelaki berusia 34 tahun dengan niat menyebabkan kerosakan.Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 4.01 pagi pada 3 Mei lalu di kawasan parkir Blok 247, Taman Cemerlang, Jalan Perak, di sini.Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M Darrshini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Pada prosiding sama, pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan tarikh bagi penyediaan fakta kes, dokumen berkaitan serta mendapatkan laporan rakaman kamera litar tertutup.Darrshini turut mencadangkan jaminan RM20,000 dengan syarat tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan.Bagaimanapun, tertuduh memohon jumlah jaminan dikurangkan kerana mendakwa tidak mempunyai penjamin.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan syarat supaya dia tidak mengganggu saksi pendakwaan.Irwan menetapkan 2 Disember ini untuk penyerahan fakta kes dan penetapan hukuman.Dalam kejadian pada 3 Mei lalu, lima kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir sebuah pangsapuri di Jalan Perak dilaporkan terbakar.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.30 pagi.Kebakaran itu membabitkan Nissan Grand Livina, Mitsubishi Xpander, Perodua Myvi, van Toyota Hiace dan Proton Preve dengan tahap kemusnahan dianggarkan antara lima hingga 80 peratus.
Lelaki mengaku bersalah bakar Mitsubishi Xpander

Key takeaways
Seorang lelaki mengaku bersalah membakar kereta Mitsubishi Xpander di Jalan Perak pada Mei lalu.
- Lelaki berusia 39 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen George Town.
- Kesalahan itu dilakukan pada 3 Mei di kawasan parkir Taman Cemerlang.
- Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dengan hukuman maksimum 14 tahun penjara.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Lelaki mengaku salah bakar Mitsubishi Xpander
- Sinar Harian Lelaki mengaku bersalah bakar Mitsubishi Xpander (this story)









