Georgetown: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan melakukan khianat dengan membakar kenderaan pelbagai kegunaan (MPV) Mitsubishi Xpander di parkir pangsapuri di sini, Mei lalu.
Tertuduh, S Hari Ram, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan api bertujuan merosakkan MPV milik lelaki berusia 34 tahun.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di parkir, Blok 247 Taman Cemerlang, Jalan Perak di Daerah Timur Laut pada jam 4.01 pagi, 3 Mei lalu.






