KUALA LUMPUR: Jaguh golf New Zealand, Lydia Ko kembali ke Malaysia dengan misi memburu prestasi terbaik pada Kejohanan Golf Maybank 2026, sekali gus menjadikan kejohanan itu sebagai medan penting untuk menguji rentak sebelum menghadapi kejohanan penutup Jelajah LPGA.
Lydia yang menganggap kejohanan di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) antara kegemarannya di Asia berkata, dia teruja untuk kembali beraksi di lapangan yang mempunyai banyak kenangan manis buat dirinya.
Katanya, Kejohanan Golf Maybank menjadi satu-satunya kejohanan di Asia yang disertainya pada penghujung musim ini, sekali gus membuka peluang untuk membina momentum menjelang saingan penutup musim Jelajah LPGA.
"Saya sangat teruja untuk kembali ke sini. Ini mungkin antara kejohanan kegemaran saya di Asia kerana saya benar-benar menyukai lapangan golf ini.









