Johor Bahru: Cubaan suami isteri yang juga ahli perniagaan membawa keluar wang tunai hampir RM3 juta tanpa pengisytiharan ke Singapura gagal selepas mereka ditahan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, semalam.
Pasangan warga tempatan berusia 41 dan 42 tahun itu ditahan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) pada jam 11.40 pagi, susulan penemuan wang tunai berkenaan di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka ketika melalui pemeriksaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) BSI.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AKPS, Datuk Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, pegawai agensi itu yang bertugas di zon pemeriksaan kereta menghala ke Woodlands mencurigai pemandu MPV sebelum mengarahkannya untuk pemeriksaan.









