Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AKPS, Mohd Nasaruddin M Nasir berkata pasangan berkenaan ditahan ketika pemeriksaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di Johor Baharu semalam. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) semalam menahan sepasang suami isteri warga tempatan yang cuba membawa wang tunai termasuk mata wang Singapura bernilai hampir RM3 juta yang tidak diisytiharkan ke Singapura.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AKPS, Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, pasangan itu yang menaiki kereta Toyota Alphard berwarna putih ditahan ketika pemeriksaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di Johor Baharu.